BackGround

Monday, October 18, 2010

Belanjawan 2010

Belanjawan 2010 pada tahun ini telah memberi keistimewaan kepada rakyat disamping dapat menaikkan ekonomi negara pada masa akan datang.

Jumlah bajet - RM212 bilion, 2.8 preratus lebih tinggi daripada Bajet 2010
Perbelanjaan kos operasi – RM162.8 bilion
Perbelanjaan kos pembangunan – RM49.2 bilion

Berikut merupakan beberapa inti pati dalam persidangan tersebut :-

1. Rizab Negara RM310.8b = 8.5 bulan import tertangguh

2. Negara telah pulih dari kemelesetan ekonomi dunia dgn pertumbuhan KDNK 9.5% separuh pertama 2010

3.
Defisit dijangka rendah pada 5.4 peratus pada 2011

4.
Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion
tahun lalu

5.
Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu

6.
Sektor perkhidmatan diunjur berkembang 5.3 peratus tahun hadapan dengan pelaksanaan program dan inisiatif di bawah tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) berkaitan perkhidmatan

7.
Warisan Merdeka – Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020

8.
Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh

9.
Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.

10.
Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit

11. Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015

12.
Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kini boleh melabur sehingga 20 peratus daripada jumlah aset yang diurus berbanding tujuh peratus sebelum ini.

13.
Suruhanjaya sekuriti (SC) akan menawarkan tiga lesen broker saham baharu kepada syarikat tempatan, asing dan usaha sama yang layak untuk meningkatkan penyertaan pasaran runcit.

14.
Duti import kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan di antara 3 dan 5 peratus dimansuhkan bagi menjadikan Malaysia syurga beli belah

15.
Dana Pencen Swasta (PPF) tahun depan untuk memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri

16.
Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit

17.
RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah

18.
  • Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.

19.
Gaji pokok minimum pengawal keselamatan dinaikkan kepada RM500 hingga RM700 sebulan mengikut kawasan mulai Januari 201

20.
Penjawat awam wanita diberi pilihan tentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari.

21.
Skim Rumah Pertamaku bantu golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah

22.
Elaun pemimpin masyarakat dinaikkan kepada RM800 sebulan. Elaun bulanan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Persekutuan (JKKP), Tok Batin, Pengerusi JKKK Orang Asli dan Pengerusi Kampung Baru akan dinaikkan kepada RM800 sebulan berbanding RM450 pada masa ini, bagi menghargai peranan mereka sebagai pemimpin masyarakat

23.
RM6.9 bilion pula diperuntuk untuk bina infrastruktur seperti membina jalan luar bandar dan untuk membina jalan luar bandar

24.
RM2.1 bilion diperuntuk untuk bina dan menaik taraf jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak, selain RM696 juta bagi tujuan sama di Semenanjung Malaysia

25.
Sistem Penilaian Takap Kecekapan (PTK) dimansuh dan diganti dengan sistem penilaian lebih sesuai dan diterima baik penjawat awam. Satu sistem penilaian yang lebih sesuai dan diterima baik oleh penjawat awam akan menggantikan sistem PTK yang akan dimansuhkan menjelang Jun tahun depan.

Sunday, October 10, 2010

-Majlis Hari Raya & Majlis Anugerah Cemerlang 2010 -



* Tahniah kepada semua Penerima Anugerah


* Pasukan Nasyid yang memeriahkan majlis

* Pegawai2 penguatkuasa yang menjaga kelancaran Majlis… ;)

* Selamat berangkat ke tanah suci kepada En. Tumin & isteri

* Wah.. xlupe gak.. gambar aku yang diambil oleh uncle rosalan.. Tq uncle... huhu...

* Pemenang cabutan bertuah .. Kak Filza... dapat TV 2... huhu...

Thursday, October 7, 2010

Open House My Bos

Diantara rumah-rumah bos aku yang sempat hadir....

Tq Bos...


* Rumah terbuka Y.D.P MPK
" Tuan Hj. Abdul Rahman Bin. Mohamed Dewam"




* Rumah Terbuka S.U MPK
* Hj. Muzaldin Bin Hj. Mohamed


Wednesday, October 6, 2010

- Erti kehidupan -

Ketika & saat ini aku rasa cam nak menjeret sepuas-puas hati…

Biar semua tahu betapa SAKITNYA hati aku…

Biar semua orang tau betapa KETIDAKPUASAN hatiku..

& biar semua orang tahu betapa aku sangat-sangat MARAH

Tp…

Ketika & saat ini juga aku sentiase berdoa semoga allah memberikan aku KESABARAN

Supaya allah memberikan aku HIDAYAH serta semoga allah memberikan aku PETUNJUK..

Agar aku dapat mengawal semua situasi ini... dapat mengawal perasaan MARAHku ini…

Mendidik diri supaya menjadi lebih dewasa… lebih bersikap terbuka dan lebih berani untuk menghadapi semua rintangan dan dugaan..

Dan aku sentiasa berharap agar hari-hari yang mendatang bagi aku akan lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Amin